Ini adalah hasil nukilan saudara kandungku Panglima Arian Putra..Silakan pembaca-pembaca sekalian menilai dan menyelami kisah dongeng org dahulu kala ini..Segala hak cipta adalah milik saudara Arian Putra...
Cinta Pengembara Peniup Seruling Naga
Kisah ini mengisahkan seorang insan yang mengembara mencari erti kehidupan…cerita ini telah disampaikan turun temurun dari seorang ibu kepada anaknya kemudian anak itu berkahwin dan beliau menceritakan kisah ini kepada anak-anaknya pulak,begitulah kisah ini terus mengembara dari jenerasi ke jenerasi hinggalah kini aku menyampaikan kisah ini kepada kalian..
Kisahnya bermula begini……………
Ada seorang hamba allah yang amat gemar bermain seruling dan beliau amat cekap meniupnya sehinggakan burung-burung berhenti berkicau kerana mendengar kemerduan tiupan seruling beliau…beliau dikenali sebagai Delima Peniup Seruling Naga…
Delima dilahirkan ke dunia tanpa abang, adik mahupun kakak, Delima seorang anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal dihujung kampung..keluarga Delima bukanlah susah tetapi sederhana sahaja. Ayahnya seorang petani manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa…Delima pula telah disuruh oleh ayahnya mempelajari ilmu persilatan dari seorang guru yang berasal dari kampung itu juga….Guru Delima bernama SANG BUANA
Hari berganti hari, bulan berganti tahun...telah sekian lama Delima mendalami ilmu persilatan...sedar tidak sedar Delima telah berjaya menguasai ilmu persilatan yang di perturunkan dari SANG BUANA … pada satu malam Delima dipanggil oleh gurunya
Seraya berkata “wahai anak didik ku Delima … sudah tamat pelajaran mu dengan ku ..ingatkah lagi sumpah-sumpah mu sebelum aku mengajar ilmuku kepada mu?”
Delima menjawap “wahai tuan guru yang agung.. masakan aku lupa akan janji sumpahku kepadamu”
Gurunya berkata "anak ku, bersumpah lah sekali lagi dihadapan ku"
Delima bingkas bangun dari duduknya lalu berkata ”aku bersumpah dengan nama Allah s.w.t sekiranya aku pandai di dalam ilmu persilatan ini maka tidak lah aku akan derhaka kepada ibu dan ayahku, tidak akan aku mencederakan kaum yang lemah, akan aku pertahankan agama ku, akan aku pertahankan bangsa ku dan akan aku pertahankan tanah air ku..tidak pula akan aku derhaka kepada guru ku...inilah sumpah dan janji ku”
”bagus anak ku bagus...silakan duduk wahai pendekar Delima Peniup Seruling Naga” Sang Buana berkata dengan nada yang agak tegas.
Membulat mata Delima apabila Sang Buana memberi gelaran Pendekar Delima Peniup Seruling Naga kepadanya...
”””””Dari situlah nama delima peniup seruling naga diberi”””””
Sang buana berkata lagi ”ingat wahai anak ku jangan kamu ingkari janji-janji mu..jika kamu mengingkari janji-janji mu maka malang akan menghampirimu perlahan demi perlahan tanpa kamu sedari ibarat hari berganti minggu..minggu berganti bulan..bulan berganti tahun apabila kamu mula sedar akan kehadirannya, sudah terlambat kerana diwaktu itu kamu sudah tua dimamah usia”
Delima hanya menganggukkan kepalanya tanda faham akan perkataan Sang Buana.. Tiba-tiba datang seorang rakan sekampungnya..
”Delima!!! Delima !!” ”ohh Putra khabaran apa yang kamu bawa..mengapa saja kamu berlari hingga tercungap-cungap begini seperti orang melihat hantu ??” Dengan nada yang tercungap-cungap Putra berkata ”maafkan aku Delima aku membawa khabar yang kurang enak buat mu” Berkerut dahi Delima mendengar kata-kata Putra ”kabaran apakah itu Putra??? katakan pada ku wahai sahabat???” ”Delima, ibu dan ayah mu sudah meninggal dunia..rumah mu telah hangus terbakar dan mereka ada didalamnya..aku serta rakan-rakan yang lain tidak dapat berbuat apa-apa..marilah Delima, mari kita uruskan jenazah ibu dan ayah mu”
Betapa remuknya hati Delima mendengar kabar berita itu ...Delima merasakan seperti mahu pengsan...lemah segala panca inderanya..tanpa lengah lagi mereka berlari ke tempat kejadian..
Seberapa purnama peristiwa malang yang menimpa Delima berlalu dan rumah Delima jugak telah dibina semula dengan bantuan orang kampung.....Walaupun Delima sudah mempunyai tempat berteduh tetapi rasa gundah gulana di dalam dadanya tidak pernah surut..Delima hilang haluan hidup tiada saudara tiada abang atau kakak tiada sudah tempat berteduh tiada sudah tempat mengeluh..yang menjadi peneman hanyalah sebentuk seruling usang yang dibuat oleh ayahnya ketika beliau masih kecik dahulu...Delima menjadi seorang lelaki tidak terurus, jambang di muka tidak dicukur rambut yang memanjang tidak disisir..delima seperti kapal yang patah layarnya hanya tunggu untuk tenggelam di lautan duka .. Pada satu hari Delima bermimpi aruah ibu dan ayahnya..
”Delima anak kami yang kami sayangi..Delima bangun nak bangun” Delima seakan kenal kedua-dua suara yang memanggilnya. Apabila Delima bukakan mata, dia terlihat wajah ibu dan ayahnya yang bersinar-sinar memakai jubah berwarna putih dan berwajahkan kegembiraan..Delima terus menitiskan air mata bingkas bangun dari pembaringannya lalu memeluk kaki ibu dan ayahnya.... ”oh ayah dan ibu Delima yang Delima rindui mengapa ayah dan ibu meninggalkan Delima seorang diri?” ”wahai anak ku Delima ayah dan ibu tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini takdir. Hidup dan mati adalah kemestian kepada kita manusia janganlah engkau bimbang akan kami. Jangan lah pulak engkau melupakan kami”
”Ayah, ibu Delima amat merindui ayah dan ibu. Izinkanlah Delima pergi mengikut ayah dan ibu tiada gunanya Delima disini kesunyian tiada siapa peduli”
”Wahai Delima anak ibu..janganlah engkau berkata begitu..kuatkan semangat mu perkukuhkan iman mu..pergilah engkau mengembara ke mana saja ..kerana engkau masih muda belum sampai masanya lagi engkau mengikut kami ke alam bakha ”
”kemanalah hendak Delima tuju ibu...? Delima tiada arah, Delima hilang pedoman, Delima hilang kepercayaan”
”jangan kata begitu Delima anak ayah, pergilah engkau mengembara ke melaka disana hidup mu pasti ceria ..selepas ini ambillah keris warisan keturunan kita yang berada dipokok sena serta kembarnya seruling naga.. seruling naga ...seruling naga..seruling naga”
Wajah ibu dan ayahnya mulai hilang perlahan perlahan ”ayah ibu jangan tinggalkan delima!!!!!!!!!!”
Lalu Delima terbangun dari mimpinya...Delima beristifar beberapa kali..terdengar ayam berkokok diluar..Ini menandakan waktu subuh hampir tiba ..Delima bangun dari pembaringannya lalu terus menunaikan solat subuh...setelah selesai, Delima termenung di depan tangga memikirkan erti mimpinya malam tadi. Agak pelik mimpinya kerana bayangan aruah ayahnya menyuruh dia mengambil keris warisan serta kembarnya seruling naga ..setahu Delima, ayahnya tidak pandai meniup seruling serta yang paling manghairankannya, mengapa seruling itu serupa namanya seperti nama gelaran yang diberi oleh SANG BUANA gurunya itu...?
”bagaimana aruah ayah tahu akan nama gelaranku sedangkan aku tidak berkesempatan memberi tahu kepada mereka?? Adakah ini satu kebetulan??”
p/s: ”sebenarnya tanpa disedari Delima...ayahnya mewarisi sebentuk keris serta seruling yang berukiran naga dari keturunannya”
tanpa berfikir panjang Delima terus pergi kebelakang rumahnya dan dapati memang benar mimpinya itu terdapat sebentuk keris yang indah ukirannya serta sebentuk seruling yang berukiran naga jantan..lalu Delima mencabut keris itu lalu terpancar sinar kebiru biruan hingga menyilaukan mata siapa sahaja memandangnya...setelah cahaya itu hilang sekelip mata ternampak lah bentuk bilah keris yang indah serta tajam mempunyai tujuh lok..
beberapa purnama dari peristiwa itu, Delima memulakan perjalanannya ke negeri Melaka ...bermulalah kisah Peniup Seruling Naga mencari erti kehidupan..
######kepada pembaca yang dikasihi di persilakan memberi komen diatas penulisan saya ...cerita ini masih belum tamat, masih banyak onak dan duri yang akan dilalui oleh DELIMA PENIUP SERULING NAGA.########
